Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.

Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 petang itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Isu kelewatan bayaran gaji menyebabkan kakitangan syarikat berdepan kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan harian.

Selain itu, bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisah Sukarela (VSS) turut menerima nasib sama apabila bayaran terakhir yang diterima adalah pada Jun lepas.